Just after work, me n jah went to KL Low Yatt to find something...and i bought MP3 player..hua ha ha its look like this...and what make me excited is New Strike Freedom PG already in the market...hehhe this remind me to work hard to buy it..hehhe i'll buy....
Saturday, December 18, 2010
MY NEW SONY WALKMAN & .....
Just after work, me n jah went to KL Low Yatt to find something...and i bought MP3 player..hua ha ha its look like this...and what make me excited is New Strike Freedom PG already in the market...hehhe this remind me to work hard to buy it..hehhe i'll buy....
Thursday, December 16, 2010
AKU DAN SAYAM part I
Saturday, October 23, 2010
Dilema Seorang Boyfriend Yang Malang
Hari tu awak tanya saya sejauh mana cinta saya kat awak. Masa tu saya tak dapat nak jawab. Semalam awak merajuk ngan saya, saya dah penat nak layan. Awak call saya, saya malas nak jawab. Sejauh mana eh saya sayang kat awak? Semalaman saya fikirkan soalan tu. Pernah ke? Maybe tak sedalam cinta Titanic atau Taj Mahal. Sayang saya kat awak sangatla kerdil. Sebab tu la awak selalu merajuk eh? Ntahla.. Tapi setahu saya:
1. Sebelum saya kenal awak, setiap semester saya dapat Anugerah Dekan.. Bila dah kenal ngan awak, setiap semester saya repeat paper.
2. Sebelum kenal ngan awak, saya belajar pakai duit PTPTN.. Lepas kenal ngan awak, nak makan pun kena mintak duit ngan emak saya.
3. Kalau ada sebiji buah epal, saya bagi je kat awak.. Kalau ada 2 biji buah epal, saya bagi yang besar kat awak.
4. Kalau kita makan ikan, awak makan bahagian badan ikan tu.. Saya pulak makan bahagian kepala ikan tu je.
5. Awak ni tak la cun sangat, tapi saya tak pernah kutuk awak tak cun. Tapi saya yang hensem ni awak lagi nak kutuk ngan member depan saya, kata saya tak hensem langsung.
6. Diana Danielle lintas depan mata, saya diam je. Takut kalau puji kang awak marah. Mat Bangla lepak depan shopping complex awak pi ngorat time saya pi tandas. Siap mintak nombor tepon depan saya lagi.
7. Kalau keluar ngan awak, awak slamber je nak makan Starbucks.. Saya tipu saya dah kenyang, padahal bila dah sampai kat umah saya melantak maggi.
8. Sebelum kenal ngan awak, saya tak pernah ada girlfriend. Selepas awak kenal ngan saya, genaplah koleksi awak ada 20 boyfriend kesemuanya.
9. Awak pernah tanya kalau awak jatuh cinta ngan laki lain, saya nak buat apa? Saya cakap saya nak pukul laki tu. Tapi bila saya tanya kalau saya jatuh cinta kat pompuan lain, awak nak buat apa? Awak kata nak bunuh saya, emak saya, ayah saya ngan nenek saya.
10. Saya beli ubat kat awak harga RM100 saya cakap harga RM10. Awak beli jam tangan kat saya harga RM10 awak kata harga RM100.
11. Setiap kali berjumpa saya bagi hadiah kat awak.. Tapi setiap tahun birthday saya awak kata lupa.
12. Saya rosakkan handsfree awak, saya ganti satu handphone baru. Awak rosakkan kereta saya, awak buat bodoh je.
13. Sekali awak demam, saya kena diet 2kg nak jaga awak. Sekali saya demam, awak tambah berat 2kg sebab abiskan makanan saya.
14. Saya tak pernah kata awak pendek.. Tapi awak marah saya sebab tinggi sangat, bila member awak ketawakan awak.
15. Awak datang umah saya, saya tido kat sofa.. Saya datang umah awak, saya gak yang kena tido kat sofa.
16. Mak saya belikan rantai emas kat awak. Mak awak langsung tak pernah ajak saya makan kat umah awak walau sekalipun.
17. Kucing umah saya bersalin, saya bagi anak kucing yang paling cute kat awak. 2 hari je awak bela, kucing tu dah mati. Saya tak kata pape pun.. Awak bagi ikan emas yang dah dekat mati kat saya, 2 hari saya bela dah mati. Awak kata nak bunuh semua anak kucing saya..
18. Kalau awak nak pakai duit saya, terus ambik takyah bagitau. RM30 ke RM80 ke RM100 ke selagi wallet saya ada duit. Aritu saya nak pinjam RM10 sebab terlupa bawak wallet, awak kata saya bagi alasan padahal kedekut...
Ada apa dengan cinta awak?
Wednesday, October 20, 2010
Kisah Sore Gu...kito
Aku penah ada seorang kwn
seorang yg sopan besama sedikit kenakalan,
usia hubungan agak lama jugak lebih kurang 3 tahun.
namun demikian hubungan terputus sementara...
kini aku telah jumpa kembali.
ku lihat dia totally berbeza
dari bertudung..jadi free hair
aku agak dia terkene kejutan budaya
iyer la dulu dok kg jer
tapi skang dah dok kat bandar
bila di tegur gelak kecik aje dia.
dek kerana org ckp jeles
dia trus remove aku...
hmmm what a pitty..
sekali di pk..aku xdak pun ada apa2 kepentingan
just seorg abg ngan adik...
wlupun begitu..biar lah...
dia dah rasa dia tu hebat, mached n besa diri
aku sekadar tersenyum
bila pk dia...pelik jgk dia tu...
tp tak pe lah...dia suka gitu
tak mati pun dia @ aku...
dah jadi camtu....aku biarkan...
just hope dia sentiasa di bawah lindunganNya
and doa sentiasa mengharap dia berjaya
itu lah yg aku harapkan..
what a pitty on eu CPU...
Saturday, June 19, 2010
Terimalah kekurangan Suami seadanya
Seorang isteri mengadu begini kepada saya,
" Suami saya bukanlah seperti yg saya gambarkan sewaktu belum berkahwin. Dia amat berbeza daripada penampilannya dahulu. Sekarang dia bukan sahaja gagal membahagiakan saya malah sering menjadikan saya kesal mempersuamikannya.
Ingin sekali saya meninggalkannya, tapi tak berupaya kerana memikirkan anak2 dan masa depan saya sendiri, walaupun ada lelaki yang sedia mengambil saya di luar sana.
Saya seperti terperangkap oleh kedunguan masa lalu. Kekal be rsamanya bererti saya selamanyalah tidak akan berasa bahagia. Apa yang boleh saya lakukan sekarang?
Lalu saya bertanya,
Skrg puan nak yang mana? Kekal bersamanya atau mengikut lelaki lain? Maksud saya mana yang lebih berat? Kalau awak tanyakan yang mana lebih berat, tentulah bersamanya lebih berat. Kalau begitu, mengapa tidak pejamkan mata, bayangkan yang indah2, anggaplah dia satu2nya lelaki yang ada di dunia ini dan binalah kebahagiaan bersama. Isteri itu seperti terkejut dgn saranan saya.
Barangkali dia mengharapkan satu cadangan yang lebih memihak kepada gelojak hatinya untuk memilih lelaki lain, berdasarkan kebahagiaan yang sudah gagal dikecapinya sekarang.
Lalu saya perjelaskan,
Kalaulah kebahagiaan yang menjadi persoalan, belum tentu pilihan seterusnya akan menjaminkan kebahagiaan. Barangkali bersama lelaki kedua masalah lebih menimpa. Kalau nanti perkahwinan kedua itu juga gagal memberikan kebahagiaan, apakah anda akan berkahwin buat kali ketiga? Jika tak bahagia juga, anda akan berkahwin pula buat kali keempat? Kemudian kelima, keenam ? Sampai bila?
Hidup bukankah untuk dinikmati? Usia bukanlah lama untuk dipersiakan dengan hal-hal yang tidak sepatutnya. Siapapun dia, dia adalah lelaki yang bergelar `SUAMI'. Kebahagiaan adalah satu istilah yang telah terbentuk. Tinggal bagaimana kita mendefinasikan kebahagiaan itu sahaja yang menyebabkan sesetengah drpd kita gagal berasa bahagia.
Alangkah ruginya kalau hidup yang singkat ini kita gagal mendapat bahagia. Semata2 kerana menyangka kebahagiaan itu akan dinikmati jika bersama orang sekian-sekian. Semata-mata kerana menyangka Si Dia boleh memberi bahagia yang diimpi-impikan. Kalau meleset bagaimana? Kalau kebahagiaan yang diidam-idamkan itu tidak diperoleh sdgkan kebahagiaan yang sedia ada ini telah ditinggalkan, bagaimana?
Setelah anda diijabkabulkan, satu perjanjian telah dibentuk. Anda telah merelakan diri anda bergelar ISTERI dan rela memanggil org berkenaan yang tiada langsung pertalian dengan anda sebelumnya sebagai suami. Anda merelakan segalanya kepada dia dan demikian dia terhadap anda. Setelah diikat dengan tali perkahwinan, mengapa tidak pejamkan mata dan anggaplah dia pasangan yang terbaik. Dia mmg dijadikan buat anda. Dia adalah segala-galanya. Bentuklah kebahagiaan bersamanya.
JANGAN mimpi-mimpikan lagi org lain selain dia.
JANGAN angan-angankan perkara yang bukan-bukan. .
INGAT!!!!.. Anda dijadikan dari tulang rusuk dia.. Relakan diri anda untuk bertolak ansur dlm beberapa hal untuk mencari kesukaan dan kebencian bersama. Relakan membina bahagia dan dialah alatnya.
Masalah yang sering menimpa pasangan muda ialah masing2 gagal memantau
imaginasi untuk membentuk bahagia pada awal perkahwinan. Setelah segalanya dilalui dan masalah menapak di sana sini, barulah sedar sesuatu sepatutnya dilakukan lebih awal dahulu. Tetapi nyata sudah terlambat, imaginasi bersama mekanisme-mekanisme nya telah dipersia-siakan. Bahagia kelihatan tetapi sudah tidak terjangkau dek tangan. Kesudahannya, bahagia disangka berada di luar dan mahu diburu walhal sebenarnya bahagia sudah berada di tangan, hanya gagal mengenal dan menikmatinya sahaja.
Selagi mana SUAMI anda itu masih menjalankan tanggungjawabnya, maksud saya dia masih ingat rumah, ingat anak-anak dan ingat untuk mencari rezeki, dia masih seorang lelaki yang boleh diharapkan. Apatahlagi jika dia seorang yang tidak meninggalkan ibadah-ibadah fardu, kekurangan-kekurang an yang ada pada dirinya hanyalah sekadar kekurangan untuk membenarkan kata-kata "NO MAN IS PERFECT".